Tuesday, February 23, 2010

le mariage sous le niege

salam semua!

dah empat bulan dapur bujang tak berasap. biasalah tu, kalau tiap hari berasap, dah jadi tak bujang pulak....

hurmm..asyik masak nasi n lauk jer, kali ni nak ajar masak pencuci mulut la pulak. kita masak 'le mariage sous le niege' atau 'perkahwinan dibawah salji'. korang nampak tak dlm gambar kat atas tu, yg ada strawberry tu, haaa, tu la yg aku nak ajar tu.

bahan-bahan:

500 ml keju putih (fromage blanc, kalau tak der leh ganti ngn yougurt atau apa2 cream)
tiga biji (apa penjodoh bilangan tuk pisang?yg penting bukan tandan atau sisir la..) pisang
10 biji strawberi
lima keping roti
semangkuk cereal
sedikit chocolate chips
100 gram gula

*siapa yg pernah buat tiramisu, basic dia hampir sama jer, cuma yg ni mudah lagi...

cara-cara:

- campurkan fromage blanc dengan gula pasir
- bahagikan dua bahagian
- satu bahagian dicampur dengan cereal dan coklat cip
- satu bahagian lagi dibiarkan kosong
- alas bawah bekas dengan roti (sebaiknya cari roti cereal yang agak tebal)
- buat satu lapisan menggunakan fromage blanc yang dicampur cereal
- susunkan hirisan pisang dan strawberi
- buat satu lagi lapisan dengan formage blanc yg dibiarkan kosong tadi
- susun lagi buah yang lebih2 tadi
- masukkan dalam fridge sebelum dihidangkan
- mudah sedap dan berkhasiat!!!!

Tuesday, October 20, 2009

Aishh..bau ape tuu?

Haa. Bertemu lagi kita di ruangan Belanga Bujang. Kali ini, izinkan saya untuk berkongsi satu petua yang saya dapat dari Senior Cook semasa saya bekerja dahulu. Petua yang dimaksudkan ialah bagaimana hendak menghilangkan bau hanyir pada bahan mentah seperti sotong, udang dan sebagainya. Caranya amat mudah hatta anda tidak memerlukan perfume Ralph Lauren sekalipun untuk menidakkan bau kurang senang tersebut.

Bahan-bahan:

Tepung jagung (Corn flour)
Jus lemon (Lemon juice)

Cara-cara:
  1. Basuh bahan mentah dengan teliti sekali
  2. Lumurkan bahan mentah tesebut dengan tepung jagung sehingga sekata
  3. Perah sebiji lemon ke dalam adunan tersebut dan gaul hingga sebati
  4. Biarkan gaulan tersebut dalam lebih kurang 30 minit atau lebih.
  5. Selepas dibiarkan, basuh kembali bahan2 mentah tersebut
Itu dia kawan2, 5 langkah mudah untuk menghilangkan bau hanyir pada bahan mentah. Kalau rasa ada petua lain lagi, bolehla letak di ruangan komentar supaya boleh dikongsi bersama. Bak kata orang putih, Sharing is Caring, Tak makan, hang kering.

Sehingga bertemu lagi.

Aiman

asam pedas kambing ala2 melaka

Asam Pedas Kambing Ala2 Melaka

bahan kisar

5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah(shallots)
2 inchi halia tua(muda pon boley)
3 inchi kunyit hidup (kuyit serbuk pon buleh)
sedikit belacan bakar
cili kisar /beberapa tangkai cili kering yg telah di rendam hingga lembut dan dibuang kulit(rebus pon boleh,cili boh tak diterima sama sekali)


bahan-bahan lain
1/2 kilo kambing atau lebih( potong hekut suke)
1 sudu kecil halba (halba campur)
air asam jawa
2 tangkai serai
3 daun limau perut
2 sudu kerisik
1 tangkai daun kari
garam
gula
minyak masak ikut suke kau horang la.

cara-caranya

kita mulakan kerja kita dengan Bismillah ...

pertama sekali kita panaskan minyak...ikut kesesuaian pada bahan tumisan...bila minyak sudah panas masukkan halba ,tumis sehingga wangi(jangan sampai hangus) masukkan bahan yang dikisar tadi ....tumis sampai naik minyak (dan ketika menunggu naik minyak adalah baik kita kecilkan api agar bahan tumisan garing dengan cantek dan tiada kehangusan belaku.)

kemudian masukkan daging kambing yang telah dipotong sesuka hati korang...letakkan sedikit air jika terlalu kering bahan tadi..atau boleh tunggu sehingga air daging td keluar...
masak selama setengah jam (atau sehingga daging empok)...dan kemudian masukkan air asam jawa ,serai yang telah dititik,daun kari dan daun limau perut yg di renyuk-renyukkan...

tunggu sehingga mendidih kuah tadi dan masukkan kerisik tadi.masukkan garam secukup rasa,dan letak gula jika perlu(kalau org melaka tak letak dah tu)

bila sudah mendidih untuk kedua kali,tutup kan api dan hidangkan bersama nasi panas dan enak dimakan bersama sayur kobes goreng.

tips: asam pedas melaka biasanya pekat..seperti gambar di bawah...memang agak pekat,tp anda boleh meng"adjust" ikut suka hati korang,sebab korang yg masak..ade aku kesah ape jadi ke?hahaha

-kuah asam pedas tu jika berlebihan biasanya akan di simpan untuk buat sos cicah jemput2 ikan bilis....sedap!!!!

Asam Pedas Kambing Ala2 Melaka

http://sucagwale.blogspot.com/

Daging Goreng Tip-Top

Bahan-bahan:
500g daging yang dihiris dalam ketebalan 1.5cm
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun bawang

Bahan A (Sos perap daging)
2 camca besar sos teriyaki (Homebrand pon boleh)
1 1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap manis (Kechap manis ABC)
2 sudu kecil kicap soya
Bahan B (Bahan Tumis)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 sudu kecil Maggi Seasoning
500g sayur campur (Mix Vege)

Cara-Cara:
Perapkan daging bersama-sama dengan Bahan A semalaman.

  1. Untuk mula memasak, panaskan kuali beserta minyak.
  2. Tumiskan bawang putih dan merah yang telah dicincang halus (Bawang putih boleh juga diketuk,ikot suke ko la labuu)
  3. Masukkan daging yang telah diperap semalaman (Pastikan api tak terlalu besar kerana daging boleh cepat hangit)
  4. Jangan Panik (Penah tengok Masterchef masak and ade api keluar besar?Ha.same thing here)
  5. Masukkan sayur campur ke dalam kuali
  6. Tambah Maggi Seasoning
  7. Tambahkan garam dan gula (JIKA PERLU)
  8. Tumis/Goreng bahan dalam kuali sehingga daging masak. Hidangkan untuk 4 orang dewasa.

Azriq Aiman Azman

Sunday, October 18, 2009

ikan masam manis


salam semua!bertemu kembali kita!

hahaha!untuk kali ni, kita akan masak 'tilapia sweet and sour'. suka tak?mesti ler suka!

bahan-bahan

- seekor ikan tilapia (anggaran berat 300 gram, digoreng hingga garing dengan garam n kunyit)
- selabu bawang besar
- seinci halia
- dua ulas bawang putih
- dua biji lada bengala
- sebiji tomato
- tiga sudu makan sos cili
- tiga sudu makan sos tomato
- dua sudu makan sos tiram atau ikan
- dua sudu makan cili giling
- sebiji pelam muda
- garam dan gula

cara-caranya

- tomato, lada bengala dan mempelam di potong dadu
- tumiskan bawang2, halia dan cili giling
- masukkan lada bengala
- campurkan sos cili dan sos tomato
- campurkan sos ikan
- tambahkan sedikit air
-kemudian masukkan tomato dan mempelam yang telah didadu
- tambah garam dan gula
- kemudian siram diatas ikan

* untuk membuang hanyir ikan, lumurkan dengan asam limau atau asam jawa, kemudian celupkan dengan telur dan tepung beras atau gandum sebelum mengoreng. anda akan mendapati ikan sedang elok, garing dan tidak hanyir. jangan lupa untuk hiris-hiris dahulu sisi ikan tu.

selamat mencuba!


- sebarang cadangan boleh tinggalkan di chatbox dan komen dibawah.

Thursday, September 17, 2009

asam pedas ikan pari johor


asam pedas ikan pari johor

selama setahun aku mencari ikan pari kat bumi perancis ni, akhirnya berjumpa jugak. teringat asam pedas emak aku yang aku rasa paling sedap didunia. asam pedas dia cukup segala pedas, masam, masin dan kasih sayang. untuk masakan ini, aku dedikasikan kepada bonda tercinta, Rahilah bte Idris. anak mu ini merindui...

bahan-bahannya:

- 500 gram ikan pari (potong sederhana besar, lumurkan lemon atau limau kasturi)
- sebiji bawang merah
- 1 camca belacan
- dua ulas bawang putih
- dua inci halia
- empat sudu cili giling
- satu camca teh serbuk kunyit
- 3 cawan air
- sebiji tomato (potong enam)
- sedikit ladys' fingers (apa nama sayur ni dalam bahasa melayu???bandi heh?)
- secawan air asam (boleh gunakan lemon)
- seikat daun kesum (kesum ke kethum atau kesom?mana2 la..)


cara-caranya:

- tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, belacan dan cili giling hingga naik bau
- masukkan kunyit
- tambahkan air
- bila sudah mengelegak, masukkan ikan, tomato dan ladys' fingers
- tambahkan air asam dan garam
- masukkan daun kesum dan tutup seketika
- awas!rasanya terlampau sedap!

Sunday, September 13, 2009

Ayam Salai Ashraff Muslim

haha!kena tipu!mana ada Ashraff Muslim kat sini, ni hanya la blog masakan suka suki jer. tapi oleh kerana aku malas nak bagi resepi baru, aku jumpa resepi yang ni kat youtube. jom layan...



haha!dah tengok episod yang ni?dah tengok?tak tengok lagi gi la tengok!aku yang kat sini pun dah nak abis tengok.

tapi episod ni lawak giler r. si Ashraff Muslim yang masak. yang paling aku tak tahan, dia main belasah jer masuk semua benda, pastu cuba korang tengok asam keping dia berapa banyak, yang paling aku terkejut, dia punya garam!ya Allah, mati katak jer la kalau sapa ada darah tinggi makan sos dia tu hari2.hahaha!apa2 pun tahniah kat Ashraff Muslim sebab berani masak depan kamera dan mencipta satu resepi khas tuk rancangan 'ketuk2 ramadha' dan yang paling penting untuk 'Orang Bujang' diluar sana!hahaha!